
BEAUFORT: Undang-undang antibuli perlu segera digubal agar garis panduan yang lebih jelas dan tegas dapat dilaksanakan, khususnya melibatkan perlindungan kepada mangsa buli, pemberi maklumat dan tindakan tegas kepada pelaku.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, langkah proaktif diperlukan bagi memastikan isu tragik yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir hingga menggemparkan seluruh negara baru-baru ini, tidak berulang.
Menurutnya, tragedi itu mencetuskan kegusaran kepada semua rakyat khususnya dalam kalangan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka di institusi pendidikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat, menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan dan pihak sekolah mampu menjamin keselamatan anak-anak daripada menjadi mangsa buli.
