Segera salur peruntukan khas bina rumah mesra Sabah Maju Jaya: Liew

LocalPolitics
5 Aug 2022 • 10:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew menggesa Kerajaan Persekutuan segera menyalurkan peruntukan khas kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang akan dibina oleh Kerajaan Sabah di semua 73 kawasan pilihan raya di negeri ini.

Menurut Liew, beliau telah mengemukakan soalan mengenai cadangan 1,500 rumah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri bulan lepas, dan diberitahu bahawa Kerajaan Negeri masih menunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan itu.