Segerakan baik pulih sekolah rosak akibat ribut

30 Nov 2022 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerosakan yang berlaku membabitkan blok SMK Pulau Gaya akibat ribut yang melanda di Pulau Gaya.

image is not available
Shahelmey ketika melawat SMK Pulau Gaya yang terjejas teruk akibat dipukul ribut.

KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) diminta menyegerakan pelaksanaan kerja kecemasan bagi membaik pulih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya yang terjejas teruk akibat dipukul ribut pada petang Selasa.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kerja-kerja kecemasan itu bagi memastikan proses pembelajaran pelajar lancar menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

"Saya difahamkan dua blok membabitkan lapan kelas di SMK Gaya terjejas teruk dan menyebabkan bangunan ini tidak boleh digunakan lagi.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menyeru ibu bapa dan pelajar supaya berhubung terus dengan pihak sekolah berkaitan proses pembelajaran di sekolah berkenaan.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan dua sekolah iaitu SMK Pulau Gaya dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya serta lebih 20 rumah di pulau berkenaan terjejas akibat dipukul ribut.