
Selepas kontroversi yang melanda tiga penyampai radio Era FM, stesen radio itu kini menampilkan Munabella dan Namie sebagai pengganti Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang direhatkan sementara.
Munabella sebelum ini dikenali menerusi segmen Chingu Era, manakala Namie pernah mengendalikan Sabtu Pagi Era bersama Hawa Rizwana.
Permohonan maaf daripada Era FM

Menurut laporan mStar, sepanjang siaran segmen ini, Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) turut dikeluarkan sebagai tanda kekesalan terhadap insiden yang mencetuskan kemarahan ramai.
Kami di Astro Audio melahirkan rasa kesal dengan insiden yang telah menyakitkan dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
Kami amat menghargai maklum balas, teguran dan nasihat daripada semua serta akan memastikan setiap kandungan yang disiarkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Fahmi Fadzil minta SKMM siasat

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat insiden tular yang memperlihatkan tiga penyampai tersebut menari dengan aksi seolah-olah mempersendakan upacara keagamaan lain.
Berikutan itu, pihak Astro Audio mengumumkan bahawa Nabil, Azad, dan Radin akan direhatkan serta telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial rasmi mereka.
#ApaKataOhmedia
Sebagai personaliti awam, setiap kandungan yang dikongsikan perlu menghormati sensitiviti agama dan budaya. Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati dalam berkarya dan berhibur.

Jap!
The post
appeared first on
.


