
AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, 3, kanak-kanak yang pernah menjadi perhatian rakyat Malaysiau kini memberikan perkembangan positif dengan membuka mata dan menggerakkan kakinya.
Anak kepada pasangan Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu bakal menyambut ulang tahun keempat esok mulai sedar walaupun seketika selepas 12 hari disahkan mengalami jangkitan kuman pada 1 Ogos lalu.
Khabar menggembirakan itu dikongsikan Ahmad Safiuddin menerusi laman sosial Facebook.
“Tengahari mamanya datang melawat, Ainul buka mata. Mamanya kata buka mata betul-betul, bermakna memang dia celik dan sedar,” titipnya.

Ahmad Safiuddin bagaimanapun menyuarakan kehairanannya kerana si kecil itu masih lagi menerima dos ubat tidur.
“Walhal ubat tidurnya masih berjalan. Pelik betul Ainul ini. Yang tak tahannya, dia terbangun semata-mata hendak lap air liur yang meleleh dari mulut.
“Lepas tu dia tidur balik. Dia sedar lebih kurang dalam 10 minit,” titipnya.
Ahmad Safiuddin melafazkan kesyukuran atas perkembangan berkenaan dan berharap anak sulungnya itu akan kembali kepada keadaan sebelum ini.

“Alhamdulillah, nampak Ainul dah gerakkan kaki tangannya walaupun sedikit. Sedikit itu pun besar rahmat-Nya!
“Soon dia akan kembali semula kepada diri dia yang asal atau mungkin ALLAH SWT nak beri lebih dari dulu. Tiada yang mustahil bagi ALLAH SWT,” tambahnya.
Terdahulu, Nurul Erwani memuat naik hantaran di Instagram menyatakan anaknya mula mengangkat tangan.
View this post on Instagram
Ainul Mardhiah mengalami simpto, muntah kerap dan cirit-birit dalam tempoh sehari. Namun keesokannya keadaan menjadi kritikal hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik.
Warga maya rata-rata menitipkan doa agar Ainul Mardhiah terus memberikan perkembangan positif dan segera sembuh.
Baca juga: Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu
Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
The post Sehari sebelum hari lahir ke-4 Ainul Mardhiah buka mata, gerakkan kaki tangan appeared first on Sinar Plus.

