Sehari selepas merisik, bekas kekasih dakwa ibu influencer Q persoal jodoh anak?

Entertainment
29 May 2024 • 2:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita dedah mesej ibu bekas kekasih influencer Q seakan-akan mengutuk dirinya dan keluarga sehari selepas merisik.

Perbualan tersebut didedahan menerusi hantaran di Instagram Story milik wanita berkenaan yang mendakwa dirinya bekas bakal tunang influencer berkenaan.

Wanita mengaku pernah bercinta dengan influencer Q

Menerusi hantaran dimuat naik, wanita berkenaan tampil mengaku dirinya pernah ada hubungan cinta bersama personaliti media sosial berunsurkan islamik.

Dia juga mendakwa hubungan dia dan individu dikenali Q pernah ingin melanjutkan hubungan ke peringkat selanjutnya, namun dipercayai putus di tengah jalan atas sebab tidak dinyatakan.

“Untuk pengetahuan semua, saya tidak terlibat dalam kes Q yang baru viral. Tapi ada hal lain, antara saya dengan dia belum selesai,”katanya.

image is not available

Bekas kekasih dakwa ibu influencer Q persoal jodoh anak?

Dalam hantaran tersebut, si ibu meluahkan perasaannya dan mempersoal sebab anaknya memilih wanita berkenaan sebagai bakal isteri.

Persoalan itu timbul ketika ibu pempengaruh media sosial itu bangun mengerjakan solat sunat tahajud.

“Bangun tahajud pagi ni rasa sedih dan sayu. Ujian Allah untuk kami belajar redha dan redha lagi. Allahuakbar,”luahnya.

image is not available

Kredit Foto: Gempak

Akuinya, dia boleh menerima wanita berkenaan menjadi sebahagian daripada keluarga kerana yakin anaknya mampu membimbing ke arah kebaikan dari segi agama.

Namun, dia terkejut apabila mengetahui latar belakang keturunan wanita tersebut yang didakwa mempunyai masalah.

Tidak cukup dengan itu, ibu pempengaruh itu turut mempersoal kecantikan yang dimiliki calon pilihan anaknya yang didakwa tidak cantik.

image is not available

Tiada niat nak jatuhkan seseorang

Katanya lagi, dia tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan seseorang dengan membuat hantaran tersebut di media sosial.

Sebaliknya, hantaran tersebut dibuat atas tujuan memberi pengajaran agar tidak berkelakuan biadap.

image is not available

 

image is not available

image is not available

Kuat berkira?

Bukan itu saja, malah setelah hubungan mereka ‘musnah’, wanita tersebut turut menunjukkan perangai influencer itu yang ‘berkira’ dengan segala wang yang sudah dikeluarkan untuk wanita terbabit sewaktu bercinta.image is not available

Dalam pada itu, wanita terbabit turut menyatakan dia mempunyai sebab tersendiri mendedahkan hal ini sekarang dan juga meminta agar pihak sana untuk tidak menidakkan dengan berkata semua yang telah dibongkar adalah fitnah.

Bahkan mahu influencer terbabit bersemuka dengannya jika hendak selesaikan masalah yang sedang berlaku sekarang ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber: Instagram atyka.j, X AbudiAlsagoff