Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang

LocalEnvironment
5 Oct 2024 • 8:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Warga emas ditemui dalam keadaan dihempap pokok yang dipotongnya di kebun.

image is not available
Lelaki warga emas ditemui maut akibat dihempap ketika memotong pokok di kawasan kebun.

RANAU - Seorang lelaki warga emas ditemui maut akibat dihempap ketika memotong pokok di kawasan kebun dalam kejadian di Kampung Tarawas, di sini pada Jumaat.

Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 tengah hari.

Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 32 kilometer dari BBP Ranau.

"Mangsa dikatakan pergi ke kebun menebang pokok berseorangan, tetapi selepas seharian dia tidak pulang ke rumah dan menyebabkan ahli keluarga mencarinya di lokasi.

**media[2834238]**

"Sebaik tiba, mangsa ditemukan dalam keadaan dihempap pokok yang ditebangnya dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, operasi mengalihkan mangsa segera dilakukan selepas pokok yang menghempap mangsa dipotong oleh penduduk kampung.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 2.30 petang," katanya.