Sehingga 50 Permua Percuma Akan Tiba Ke Epic Game Store Android Hujung Tahun Ini

TechnologyGamingDigital
4 Oct 2024 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Unreal Fest sedang berlangsung di Seattle, Amerika Syarikat di mana Epic Games telah menghadirkan diri dan Steve Allison selaku pengurus Epic Games Store telah mengumumkan yang hujung tahun ini program permainan mudah alih percuma akan ditawarkan kepada pengguna Android.

image is not available

Program permainan percuma ini telah lama ditawarkan pada pengguna PC melalui Epic Games Launcher. Pelbagai permainan menarik dari banyak pembangun indie dan yang terkenal ditawarkan secara percuma. Konsep yang sama ini akan ditawarkan kepada pengguna Android, di mana 10-50 permua dijangka sedia untuk dimainkan apabila dilancarkan nanti. Salah satu yang disahkan akan tiba adalah Ark: Ultimate Mobile Edition.

image is not available

Epic juga ingin membantu memudahkan lagi pembangun-pembangun yang bekerjasama dengan mereka, dengan kelak akan membenarkan mereka terus terbit sendiri permua ke Epic Games Store. Penawaran permainan percuma untuk Android dari gedung aplikasi lain nampaknya semakin menjadi-jadi, berbeza dengan Apple kerana di iOS gedung aplikasi pihak ketiga hanya boleh digunakan di Eropah.