Dalam era kecerdasan buatan yang semakin berkembang, kehadiran teknologi AI dalam peranti harian bukan lagi sekadar ciri tambahan, tetapi menjadi komponen penting yang meningkatkan produktiviti dan pengalaman anda. Dengan pelancaran siri Galaxy S25, Samsung mengambil langkah ke hadapan dengan mengintegrasikan Gemini yang kini hadir sebagai rakan AI yang lebih mesra, pintar dan mudah diakses terus dari poket anda.

Sekiranya anda menggunakan peranti siri Galaxy S25, ada berita baik untuk anda. Google Gemini kini terbina terus dalam peranti anda dan bukan sekadar sebuah aplikasi tambahan, tetapi telah diintegrasikan secara menyeluruh ke dalam ekosistem Galaxy.
Lebih menarik, Gemini juga telah dioptimumkan dengan aplikasi-aplikasi Samsung, membolehkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan menyeluruh. Contohnya, jika anda sedang mencari maklumat, Gemini membolehkan anda untuk terus simpan nota di aplikasi Samsung Notes atau berkongsi kandungan tersebut melalui Samsung Messages, semuanya menjadi mudah tanpa perlu untuk bertukar-tukar aplikasi.
Bagi mereka yang sering melakukan pelbagai tugasan serentak, Gemini menawarkan penyelesaian yang lebih efisien. Malah, pengguna Siri Galaxy S25 turut menerima akses percuma selama 6 bulan kepada Gemini Advanced iaitu versi premium dengan lebih banyak ciri AI berkuasa.
Rakan Digital Yang Serba Boleh
Dengan kehadiran Gemini Live pada peranti Galaxy, anda kini boleh berinteraksi secara langsung melalui arahan suara yang memahami konteks semasa. Sama ada anda ingin bertanyakan tentang isu terkini, mendapatkan fakta rawak, atau sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati, semuanya boleh dilakukan secara masa nyata. Malah, jika anda tiba-tiba ingin menukar topik atau soalan di tengah-tengah perbualan, Gemini tetap mampu untuk menyesuaikan respons dengan pantas dan juga lancar.
Lebih menarik, Gemini Live turut menyokong penggunaan yang relevan secara lokal. Anda boleh bertanya tentang tempat makan yang menarik di kawasan anda, cadangan aktiviti harian, budaya tempatan, atau lokasi popular untuk dilawati menjadikannya lebih dekat dengan keperluan dan gaya hidup harian rakyat Malaysia. Tak kira sama ada anda sedang merancang perjalanan atau mencari cadangan secara spontan, Gemini sedia membantu bila-bila masa.
Gemini Menyokong Pelbagai Bahasa
Selain itu, Gemini juga menyokong pelbagai bahasa, menjadikannya lebih mesra pengguna di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bahasa dan budaya atau ketika melancong ke luar negara. Anda boleh berinteraksi dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Jepun dan banyak lagi serta Gemini tetap akan memahami serta memberikan respons yang relevan. Sama ada anda mahu bertanyakan soalan, minta bantu buat nota, atau cari maklumat penting, semuanya boleh dilakukan dalam bahasa pilihan anda. Pengalaman ini bukan sahaja lebih peribadi, malah memudahkan komunikasi harian bersama AI.
Pengaktifan Gemini Live
Dengan integrasi Gemini Live dalam peranti Galaxy, pengalaman berinteraksi dengan kecerdasan buatan kini menjadi lebih lancar dan intuitif. Melalui tiga mod utama yang ditawarkan, pengguna boleh memilih kaedah paling sesuai mengikut keperluan harian masing-masing.
Mod pertama adalah mod suara, di mana anda hanya perlu klik ikon Live dalam aplikasi Gemini dan mula bercakap seperti biasa. Ciri ini amat berguna untuk pelbagai situasi seperti mencari topik baharu, menjana idea, atau meneroka minat secara interaktif. Anda boleh meminta cadangan, mendapatkan inspirasi, atau menerima panduan langkah demi langkah hanya dengan menggunakan suara. Ia menjadikan proses mendapatkan maklumat jauh lebih pantas dan mudah.
Seterusnya ialah mod kamera. Selepas mengaktifkan Live Mode, anda hanya perlu tekan ikon video dan halakan kamera ke objek atau perkara yang ingin diketahui. Gemini kemudian akan mengenal pasti dan memberikan respons mengikut visual yang bersesuaian. Mod ini sangat praktikal untuk pelbagai kegunaan antaranya membaiki barangan, memasang perabot, atau memahami sesuatu komponen secara visual. Ia juga berguna untuk aktiviti harian seperti memasak resipi baharu, menyiapkan tugasan sekolah, atau mencuba teknik senaman dengan panduan terus daripada Gemini.
Yang terakhir sekali adalah mod perkongsian skrin. Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu klik ikon Live, kemudian pilih ikon Share Screen. Melalui mod ini, Gemini ini mampu memberikan respons terus berdasarkan apa yang terpapar pada skrin peranti anda. Gemini boleh membimbing anda secara langsung dengan panduan langkah demi langkah berdasarkan antaramuka aplikasi yang sedang dibuka. Ciri ini sangat membantu, terutamanya bagi anda yang ingin belajar sesuatu dengan cepat tanpa perlu keluar dari aplikasi.
Gemini Pembantu Digital Harian Anda
Gemini Live bukan hanya berfungsi untuk mendapatkan maklumat tetapi turut menawarkan pelbagai ciri lain yang berguna dalam kehidupan harian. Anda boleh menggunakannya untuk mengolah idea bagi tugasan kerja, penciptaan kandungan digital, atau pelbagai projekh. Ia juga sesuai digunakan sebagai rakan latihan bahasa untuk bercakap dalam bahasa yang sedang dipelajari dan Gemini akan memberikan maklum balas, cadangan atau pembetulan yang bersesuaian. Selain itu, untuk hal-hal praktikal seperti menghias ruang, mencari idea penggunaan sesuatu barangan, atau menyelesaikan masalah harian, Gemini mampu memberikan cadangan yang relevan dan mudah difahami.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kehadiran Gemini Live pada peranti Galaxy membuka dimensi baharu dalam pengalaman penggunaan kecerdasan buatan yang lebih fleksibel, pintar dan mesra pengguna. Sama ada melalui komunikasi suara, penggunaan kamera atau perkongsian skrin, Gemini mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan daripada menyelesaikan masalah harian, menjana idea, melatih kemahiran bahasa, hinggalah menyokong tugasan kreatif dan pembelajaran. Dengan integrasi lancar dalam ekosistem Galaxy, Gemini ialah pembantu digital pintar yang sentiasa bersedia membantu anda bila-bila masa.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

