Sejak awal lagi BN sentiasa junjung kepentingan, pertahan hak rakyat Sabah! – Zahid Hamidi

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 9:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan sebagai langkah yang tepat.

Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata keputusan itu mencerminkan semangat federalisme yang menjadi pegangan BN serta menunjukkan penghormatan terhadap hak rakyat Sabah yang telah dijamin sejak sekian lama.

Pertahan hak rakyat Sabah

image is not available

“BN turut mengambil maklum keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang akan segera memulakan rundingan dengan kerajaan Sabah bagi memastikan pelaksanaan pemberian khas ini dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.
“Sejak dari awal, BN sentiasa menjunjung kepentingan rakyat Sabah, mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam perjanjian dan Perlembagaan serta berusaha memastikan setiap komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini dilaksanakan secara adil dan bertanggungjawab,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, BN kekal komited memperjuangkan hak Sabah serta negeri-negeri lain berlandaskan kerangka undang-undang dan semangat Perlembagaan.

Pertahan hak rakyat Sabah

image is not available

Jelasnya, pendirian itu penting bagi memastikan Malaysia terus menikmati kestabilan, kemakmuran dan pembangunan yang bersifat inklusif untuk semua.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan berhubung Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil kepada Negeri Sabah seperti yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan kerajaan akan memulakan proses rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam kadar segera.

Sumber: Berita Harian (Nurhanim Osman)