‘Sejak Bila Mantan Menteri Ada Kemudahan Kereta?’ - Radzi Soal Anwar

Politics
6 Jan 2023 • 1:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Mohd Radzi Md Jidin mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembatalan kemudahan kereta untuk mantan menteri - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembatalan kemudahan kereta untuk mantan menteri. 

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, sejak bila mantan menteri mendapat kemudahan kereta, seperti dinyatakan Anwar. 

“Ini fitnah apa pula? DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata, beliau sudah batalkan kemudahan kereta untuk mantan-mantan menteri yang baru ini. 

“Soalnya, sejak bila mantan menteri ada kemudahan kereta? Batalkan perkara yang tak wujud? Bantu banteras fitnah ini, tolong kongsi-kongsikan,” ciapnya menerusi Twitter hari ini. 

Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Rabu lalu memberitahu, setakat hari ini beliau sudah membatalkan semua kemudahan dinikmati mantan anggota Kabinet kerajaan terdahulu, seperti kereta dan sebagainya.

“Yang saya lakukan setakat ini, bekas yang biasanya bekas-bekas menteri yang baru ini yang dapat kemudahan biasa dan kereta, semua saya batalkan.

“Yang setakat itu boleh, lebih baik dari segi peraturan pentadbiran (kerana), ia tidak melibatkan Perlembagaan,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2023