Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

LocalCars
15 Jun 2026 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, telah menerima sambutan yang amat luar biasa daripada pengguna di Malaysia susulan pelancaran BYD ATTO 3 (2026), dengan mencatatkan lebih daripada 1,000 tempahan dalam tempoh hanya 10 hari selepas pelancarannya.

Photo-1-(14).jpg

Pencapaian bersejarah ini menyaksikan sejarah berulang kembali, menyamai kemunculan sulung model tersebut pada tahun 2022 apabila BYD ATTO 3 mula-mula memasuki pasaran Malaysia dan mencapai sasaran tempahan yang sama dalam jangka masa yang serupa. 

Photo-12.jpeg

Bagi meraikan detik bermakna ini, BYD Sime Motors telah meraikan pelanggan yang ke-1,000 dalam satu majlis khas yang diadakan di salah sebuah cawangannya di Lembah Klang, iaitu BYD Bandar Utama semalam. 

Photo-3-(7).jpgPhoto-4-(3).jpg

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, berkata, melihat sambutan yang begitu positif dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran merupakan satu pencapaian luar biasa yang mencerminkan jangkaan pemandu Malaysia yang kian berkembang.

"Pemandu hari ini semakin mencari kenderaan yang menggabungkan teknologi, kemudahan dan kebolehgunaan harian secara lancar, dan BYD ATTO 3 (2026) memenuhi keperluan ini. Permulaan yang kukuh ini mengesahkan lagi kedudukan BYD ATTO 3 sebagai pilihan kegemaran dalam landskap EV di Malaysia," katanya.

Photo-7.jpg

Rangkaian BYD Sime Motors  merangkumi 44 cawangan jualan dan pemasaran, 25 kemudahan pasca-jualan (servis), serta 12 pusat ketukan dan cat.

Disokong oleh juruteknik bertauliah, pengalaman pemilikan premium, dan kadar ketersediaan alat ganti sebanyak 95%, syarikat ini terus meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan di samping menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.