Sejarah Disebalik Batu Sumpah Keningau Yang Menjadi Lambang Pembentukan Malaysia

1 Oct 2022 • 1:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Simbolik binaan monumen ini di Keningau

Sejarah Disebalik Batu Sumpah Keningau Yang Menjadi Lambang Pembentukan Malaysia. Bila kita imbau kembali sejarah Sabah pada masa lampau, pasti orang tua dulu kala pernah menyebut tentang kewujudan batu sumpah Keningau yang sehingga kini gah berdiri di Negeri Dibawah Bayu itu.

Mana tidak, monumen penting itu telah dibina untuk memperingati tempoh Jajahan Mahkota British di Borneo Utara bergabung bersama Sarawak dan negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Semestinya, tak semua sehaluan dengan cadangan pembentukan ini sehinggakan rakyat di pedalaman Sabah menentang hasrat penubuhan yang melibatkan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.

image is not available
Sejarah Disebalik Batu Sumpah Keningau Yang Menjadi Lambang Pembentukan Malaysia

Satu rundingan pimpinan Tanah Melayu dan Keningau

Namun, pada tahun 1962 selepas perundingan antara pemimpin tempatan Daerah Keningau dan pemimpin Tanah Melayu yang diwakili timbalan perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein, rakyat di pedalaman setuju dengan cadangan itu.

Persetujuan yang dibuat sudah tentu ada syaratnya dan sebagai tanda penerimaan kerajaan Pusat dan rakyat Sabah terhadap syarat berkenaan, satu batu sumpah telah dibina mengikut kepercayaan sistem adat anak negeri Sabah di Keningau.

Menelusuri sejarah, pada tahun 1962 Tun Abdul Razak bertemu dengan pemimpin berpengaruh di pedalaman, OKK Sedoman Gunsanad untuk menyelesaikan isu penentangan rakyat pedalaman terhadap pembentukan Malaysia.

image is not available
Batu Sumpah Keningau 1964. Kredit foto: The Borneo Post

Perjanjian untuk hak orang Sabah

Pertemuan bertemu kata putus, satu perjanjian terhasil mengandungi tiga perkara utama berkaitan agama, tanah, dan adat anak negeri yang perlu diberi jaminan oleh kerajaan pusat.

Satu cadangan juga diterima supaya Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bergabung serentak untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Oleh itu, batu sumpah bukanlah batu peringatan biasa kerana pembinaannya dilakukan mengikut adat istiadat anak negeri Sabah di pedalaman yang percaya monumen berkenaan mempunyai semangat yang harus dijaga untuk elak bala bencana.

image is not available
Upacara pindah Batu Sumpah keningau. Kredit foto: Bernama

Ketulahan jika mungkir janji

Masyarakat Kadazandusun dan Murut percaya perbuatan memungkiri janji yanng dimeterai secara sumpah yang diturunkan menerusi monumen dianggap sebagai menyakiti semangat dan boleh memakan diri.

Pada 9 Mei, Batu sumpah Keningau yang menjadi simbol penerimaan rakyat pedalaman Sabah terhadap pembentukan Malaysia telah ditempatkan di satu lokasi strategik berhampiran Muzium Warisan Keningau.

Terdahulu, Batu Sumpah Keningau dibina di Perkarangan Pejabat Daerah Lama Keningau pada tahun 1964 dan telah dirasmikan oleh Menteri Pekerjaan Persekutuan Malaysia, V. Manickavasagam.

image is not available
Batu Sumpah Keningau. Kredit foto: CEPhoto

Lagi di sini: