Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Kanada

27 Aug 2022 • 4:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Macam mana boleh ada pekan bernama Sarawak dekat sana?

Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Kanada. Kanada merupakan sebuah negara yang berada berhampiran dengan Amerika Syarikat. Untuk pergi ke negara ini, perjalanan menggunakan kapal terbang mengambil masa lebih 24 jam (termasuk transit).

Jauh tu kan? Tapi macam mana pula sebuah pekan dekat sana dinamakan dengan nama ‘Sarawak’?

image is not available
Balmy Beach di Sarawak Township, Ontario, Kanada. Sumber: Remax.ca

Asalnya merupakan petempatan kaum Asli Indian Amerika

Asalnya, pada awal tahun 1850-an, kawasan ini dikenali sebagai Rizab Indian, yang diduduki oleh masyarakat asli Amerika iaitu bangsa Indian. Namun, akibat aktiviti rampasan dan pencerobohan yang berleluasa oleh orang kulit putih, kawasan tersebut lama-kelamaan bertukar menjadi kawasan kediaman Owen Sound. Orang asli Indian kemudiannya terpaksa berhijrah ke kawasan pantai timur semenanjung sehingga ke Cape Croker.

Pada tahun 1857, kawasan tanah bekas pendudukan orang Asli Kanada diserahkan kepada pihak pemerintah British. Tanah ini dinamakan sebagai Rizab Newash.

Pada ketika itu juga, Gabenor Jeneral Kanada yang merupakan Superitendan Hal Ehwal Kaum Indian, Lord Bury atau nama sebenarnya William Coutts-Keppel memegang kuasa di kawasan berkenaan.

image is not available
Air terjun di Indian Creek, Sarawak Township yang digambarkan pada tahun 1874. Sumber: White, George Harlow via https://digitalarchive.tpl.ca/

Hubungan akrab Lord Bury dan Sir James Brooke

Haa, di sinilah bermula perkaitan Sarawak dengan pekan ini. Menurut sumber sejarah, Lord Bury pernah menjadi pegawai pemerintah dan menaungi Sir James Brooke semasa beliau masih berkhidmat menjadi seorang askar British India.

Lord Bury sememangnya mempunyai hubungan yang akrab dengan Rajah Sarawak pertama itu sejak daripada zaman tentera sehinggalah selepas James Brooke ditabalkan menjadi pemerintah Sarawak. Kesetiaan James Brooke kepada Lord Bury tidak pernah pudar. Malah, Sir James Brooke dikhabarkan sering singgah ke Kanada sekiranya pulang bercuti ke tanah air.

image is not available
Setem pos 30 sen Sarawak Township pada tahun 1932. Sumber: hipstamp.com

Malah, ada juga sumber yang mengatakan bahawa Lord Bury ini sebenarnya adalah bapa saudara kepada James Brooke. Sempena hubungan rapat mereka, Lord Bury menamakan komuniti yang mendiami kawasan Rizab Newash sebagai komuniti Brooke. Manakala pekan di dalam kawasan dinamakan sebagai Keppel (nama keluarga Lord Bury) dan Sarawak (nama kawasan jajahan James Brooke di Pulau Borneo).

Pekan Sarawak dan Pekan Keppel kemudian dipisahkan dan masing-masing menjadi pekan berasingan pada tahun 1868.

image is not available
Sejarah Menarik Di Sebalik Pekan Bernama Sarawak Di Negara Kanada. Peta lakaran H. Belden pada tahun 1880. Sumber: artsourceinternational.com/

Sarawak Township, township terkecil di daerah Ontario, Kanada

Kini, Sarawak Township merupakan sebuah kawasan petempatan penduduk yang kecil di bawah pentadbiran bandar Georgian Bluffs. Sarawak Township juga merupakan township terkecil di daerah Ontario, Kanada.

image is not available
Balmy Beach yang terletak tidak jauh dari Sarawak Township.

image is not available
Balmy Beach Park. Sumber: Nicelocal.ca

Baca juga sejarah Beting Patinggi Ali, pulau kecil di perairan Sarawak yang menjadi kegilaan China:

View Original Article