Photo by Pixabay from Pexels
Majoriti negara dari seluruh dunia ini mempunyai pusat pentadbiran bagi menguruskan hal ehwal negara masing – masing. Bagi negara maju dan besar, mereka akan mempunyai pusat pentadbiran yang sangat gah dan besar. Saiznya boleh menyerupai sebesar Pulau Langkawi. Yang paling terkenal di dunia adalah White House, iaitu rumah dan pejabat pentadbiran utama Presiden Amerika Syarikat. Antara pusat yang tercantik dan gah juga adalah The Kremlin , Moscow, iaitu pusat pentadbiran negara Rusia.
Di Malaysia, ia dikenali sebagai Putrajaya atau secara rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya. Menurut sumber dari Malaysia History Blog, nama asalnya adalah Prang Besar, satu kawasan di dalam negeri Selangor seluas 800 ekar. Idea utama pembetukan pusat pentadbiran premier negara adalah bekas Perdana Menteri ke – 4 ketika itu, Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad. Kerajaan Persekutuan waktu itu telah membayar jumlah pampasan yang besar kepada kerajaan negeri Selangor kerana mengeluarkan kawasan Prang Besar dari jajahan negeri tersebut. Putrajaya juga diilhamkan berdasarkan tiga ideologi. Yang pertama manusia dan penciptanya, yang kedua manusia dan manusia, yang ketiga adalah manusia dan alam.
Projek pembangunan mega Putrajaya telah menempa nama dan menjadi bualan seluruh dunia waktu itu. Menurut sumber dari Malay Wiki, projek itu telah menelan belanja sebanyak $8.1 bilion dan telah menjadi projek paling mahal di Malaysia. Apa yang paling menarik adalah kontraktor yang dilantik adalah sepenuhnya milikan rakyat Malaysia dan hanya 10% bahan binaan diimport dari luar negara. Tanah Putrajaya juga telah dikhaskan 38% kawasan hijau untuk memberi keseimbangan kepada alam semula jadi. Keluasan yang diberikan oleh Selangor adalah seluas 11,320 ekar (45.8 km2). Ia juga adalah bandar pintar dan moden yang pertama di Malaysia.
Projek ini juga mula dibina pada Ogos 1995 dan siap berpindah sepenuhnya pada 2005. Kejayaan Putrajaya telah memberi banyak manfaat kepada ekonomi rakyat Malaysia. Nama Putrajaya juga adalah merujuk kepada putera yang sangat berjaya, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Siapa sangka Putrajaya kini telah diduduki 30,000 penduduk dan menjadi pusat lawatan pelancong luar negara. Senibina dan keindahan Putrajaya telah berjaya menarik pengunjung yang ramai saban tahun.
Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


