Sejujurnya, mana-mana pun okay sahaja – Ernie Zakri

Entertainment
26 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sejujurnya, mana-mana pun okay sahaja – Ernie Zakri

Ernie Zakri tidak kisah sebutan awal namanya disebut dalam sebutan e-pepet atau e-taling

QHAIRUL NIZAM HASHIM
Utusannews@mediamulia.com.my

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Sejambak Bunga, Ernie Zakri, merungkaikan persoalan ramai berhubung sebutan sebenar namanya dengan menyatakan dia tidak kisah dipanggil dengan apa jua sebutan.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata, dia bersikap terbuka dan selesa sahaja dengan mana-mana sebutan.

“Sejujurnya, mana-mana pun okay sahaja,” katanya ringkasa melalui satu hantaran di Threads miliknya.

Menjenguk hantaran seorang individu yang membangkitkan persoalan tentang sebutan tepat nama Ernie Zakri, individu berkenaan mendedahkan bahawa dia baru menyedari awalan nama penyanyi itu sebenarnya disebut menggunakan e-pepet.

“Saya baru hari ini menyedari bahawa sebutan awalan untuk nama Ernie Zakri sebenarnya menggunakan e-pepet dan bukannya e-taling seperti yang saya sangkakan selama ini.

“Namun, bukankah sebutan nama-nama seperti Erra dan Erma lazimnya menggunakan e-taling? Mungkinkah Ernie boleh merungkaikan kekeliruan ini?,” kata individu tersebut.

Sekadar info, e-pepet ialah bunyi huruf ‘e’ yang lemah dan pendek seperti dalam perkataan ’emak’, manakala e-taling ialah bunyi huruf ‘e’ yang jelas dan terbuka seperti dalam perkataan ‘ekor’.

Untuk rekod, Ernie Zakri merupakan seorang penyanyi bersuara mega dan antara kejayaan terbesarnya adalah apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 37 dengan meraih lebih 124 juta undian.

 

The post Sejujurnya, mana-mana pun okay sahaja – Ernie Zakri appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved