Sejukkan iPhone 15 dengan Sharge Icemag, powerbank Magsafe berkipas RGB

Digital
26 Oct 2023 • 5:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pernah dengar nama Sharge? Ia adalah penghasil aksesori tenaga bergaya dan baru tiba ke pasaran Malaysia. Antara produk merek adalah powerbank, pengecas dan kabel. Hari ini, Sharge Malaysia mengumumkan kedatangan powerbank Magsafe berkipas pertama di dunia, Sharge Icemag.

Harga dan Ketersediaan

Jika anda berminat memiliki powerbank yang sangat unik ini, ia akan dijual di Malaysia mulai hari Rabu, 1 November 2023. Harga rasminya di Malaysia adalah RM299.

image is not available

Tiada promosi jualan awal dinyatakan. Sharge Icemag boleh dibeli kelak di gedung rasmi Sharge di Lazada, Shopee dan TikTok.

Spesifikasi Sharge Icemag

Apa yang menjadikan Sharge Icemag pertama powerbank seumpamanya di dunia adalah gabungan teknologi pengecasan wayarles Magsafe untuk iPhone dan kipas berlampu padanya. Kipas ini berputar pada kelajuan 8,000rpm, membantu melepaskan haba yang menjadi mimpi ngeri ramai pengguna iPhone sejak iOS 17 dilepaskan.

image is not available

Tambah menarik pada Sharge Icemag adalah badannya yang lutsinar, sudah menjadi kebiasaan untuk produk keluaran Sharge. Seri pada powerbank ini makin bertambah apabila lampu RGB pada kipas dihidupkan.

Untuk tenaga, Sharge Icemag memiliki bateri berkapasiti 10,000mAh. Ia adalah kapasiti yang dibenarkan untuk dibawa naik ke dalam pesawat semasa penerbangan. Atau ringkasnya, selamat dibawa terbang.

image is not available

Kuasa mengecas pula sehingga 20W melalui USB-C. Ia juga boleh mengecas iPhone yang serasi melalui Magsafe tetapi sehingga 7.5W sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Sharge Icemag.