Sejumlah 65.8 juta saham MQ Technology dipengerusikan anak Zahid Hamidi bertukar tangan semasa sesi dagangan petang

Business & Finance
24 Jul 2024 • 3:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sejumlah 65.8 juta saham MQ Technology dipengerusikan anak Zahid Hamidi bertukar tangan semasa sesi dagangan petang

azan

24/07/2024 - 15:05

KUALA LUMPUR 24 Julai - Saham MQ Technology, syarikat yang dipengerusikan anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meningkat 50% semasa dagangan sesi petang.

Pada pukul 2.57 petang, saham kumpulan itu didagangkan pada 1.5 sen dengan 65.8 juta saham telah bertukar tangan.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah menjadi pengerusi syarikat sejak Disember 2022.

Kerugian bersih syarikat itu mengecil kepada RM1.74 juta pada suku kedua berakhir 31 Mac 2024 berbanding kerugian RM3.3 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam pengumuman keputusan terakhirnya, syarikat itu berkata perniagaan komponen perkakasan dan ketepatannya akan kekal sebagai perniagaan terasnya untuk tahun kewangan 2024.

Katanya, perniagaan itu berada di landasan yang baik tetapi pemulihan berjalan dengan perlahan. - DagangNews.com

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved