Sejumlah Pekerja Terlibat Pengawasan Kandungan TikTok Di Malaysia Diberhentikan

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejumlah pekerja yang terlibat dalam bahagian “Trust and Safety Regional Operations” di TikTok kini dilihat telah dihentikan – dikatakan mencapai ratusan orang pekerja. Selain daripada emel pemakluman pemberhentian kerja yang dilihat oleh pihak kami di Amanz, sejumlah pengguna juga turut melakukan perkongsian berkenaan perkara ini melalui laman sosial.

Langkah ini dikatakan dalam usaha menstruktur semula, dan pada masa yang sama menggunakan teknologi dalam mencapai kadar kejituan lebih tinggi dalam pengawasan kandungan. Selain itu, pada masa yang sama mereka akan turut menggunakan rakan kerjasama pihak ketiga dalam pengurusan sumber lebih baik bergantung kepada permintaan sesuatu masa.

Buat masa ini, informasi berkenaan pampasan dan sebagainya yang diterima oleh seseorang pekerja tidak diketahui lagi oleh pihak kami. Namun, melalui emel yang kami lihat, terdapat pemakluman yang mana sokongan kaunseling akan ditawarkan sekiranya seseorang pekerja memerlukannya.