Sekali Lagi Rekaan Samsung Galaxy Fit3 Tertiris

TechnologyDigital
31 Jan 2024 • 5:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy Fit3 pada awalnya tertiris sekitar November tahun lalu. Ia dijangka menggunakan skrin lebih besar berbanding generasi sebelum, yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara.

image is not available

Beberapa imej baharu tertiris dan sekali lagi menunjukkan penawaran pada gelang pintar ini. Malah menariknya bila imej tersebut dipercayai didedahkan oleh Samsung sendiri sebelum diturunkan semula.

Jelas menunjukkan Galaxy Fit3 boleh dilengkapi skrin lebih besar bersama tali yang boleh ditukar ganti. Konsep ini amat berbeza dengan perubahan rekabentuk yang lebih menampakkannya seakan jam tangan.

image is not available

Kerangka aluminium mungkin digunakan dengan pilihan warna emas, perak dan merah jambu. Selain diberikan pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan yang boleh dimanfaatkan untuk gaya hidup sihat.

Galaxy Fit3 juga dikatakan boleh bertahan hingga 13 hari melalui bateri 200mAh yang disediakan. Tiada tarikh pelancaran yang didedahkan buat masa ini.