“Sekali Sekala Makan Duit Haram” – Respon Mas Khan Ditegur Hukum Main Forex Undang Kecaman

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Mas Khan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas berkongsi mengenai pencapaiannya yang kini berjaya memiliki kehidupan yang pernah diimpikannya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Mas Khan atau nama penuhnya Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, meluahkan rasa syukur kerana segala yang dimilikinya hari ini adalah hasil usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini.

Advertisement

Menurutnya, memiliki rumah banglo, kolam renang dan kereta mewah suatu ketika dahulu hanyalah sekadar angan-angan.

“Dulu semua ini cuma angan-angan.

“Aku selalu bayangkan satu hari aku dapat duduk rumah jenis banglo, ada kolam renang dan ada kereta mahal.

“Ramai nampak impian itu terlalu besar tapi aku tak pernah berhenti bekerja keras walaupun penat, gagal atau lambat.

“Hari ini satu demi satu Allah izinkan jadi kenyataan.”

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen apabila terdapat individu meninggalkan komen yang mendakwa aktiviti ‘trading’ merupakan sumber pendapatan haram.

Mas khan

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“Sekali sekala makan duit haram.”

Reaksi Mas Khan terhadap komen itu turut menjadi bualan ramai apabila ada netizen berpendapat pelakon berkenaan dilihat seolah-olah tidak terkesan dengan teguran yang diberikan.

Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai pandangan, dengan ada yang mempertahankan Mas Khan, manakala sebahagian lagi menasihatkan agar lebih berhati-hati dalam berkongsi mengenai sumber rezeki dan kekayaan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Sekali Sekala Makan Duit Haram” – Respon Mas Khan Ditegur Hukum Main Forex Undang Kecaman2026-08-04 14:10:35

Alicia Amin Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Pertahan Hak Binatang Liar, Netizen Kecam - "Liberal Betul Kau Ni"

The post “Sekali Sekala Makan Duit Haram” – Respon Mas Khan Ditegur Hukum Main Forex Undang Kecaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved