Sekali Tarik Je Semua Tulang Keluar, Wanita Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Kembung

Health & Fitness
19 May 2024 • 8:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Sekali Tarik Je Semua Tulang Keluar, Wanita Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Kembung

Setiap kali menyiang ikan, pasti setiap daripada kita mempunyai teknik dan cara tersendiri. Kaedah ini juga sebenarnya bergantung kepada jenis ikan dan juga alatan yang digunakan.

Kebiasaannya, kaedah yang selalu diguna pakai oleh setiap orang adalah dengan memotong rahang ikan diikuti membuang isi perutnya sebelum dibasuh dan digorengkan atau dimasak.

Seperti yang kita tahu, ikan mempunyai tulang-tulang dan perkara itu membuatkan kita perlu berhati-hati sewaktu menjamu selera.

Tetapi, tahukah sebenarnya terdapat cara menyiang ikan yang boleh membuang terus tulangnya?

Selepas ini tak perlu lagi risau tercekik atau tertelan tulang ikan sewaktu menjamu selera khususnya kanak-kanak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Nana Mea Soffiea mengenai cara membuang tulang sewaktu menyiang ikan di bawah.

Cara buang tulang ikan kembung

image is not available
Gambar: Nana Mea Soffiea

Pertama, ambil ikan kembung dan gunakan gunting untuk memotong rahang ikan (pada bahagian yang menghubungkan kepala dan badan).

Kedua, tarik keluar isi perut ikan dan bilas dengan air hingga bersih.

Ketiga, ambil pisau dan tumbuk badan ikan menggunakan hulu belakang. Langkah ini bertujuan untuk memisahkan tulang dengan isi ikan.

image is not available
Gambar: Nana Mea Soffiea

Keempat, tekan atas dan bawah belakang ikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan tulang tercucuk tangan. Seterusnya patahkan atau (kepak) ekor ikan.

Kelima, ambil gunting dan potong tulang belakang pada celah kepala dan badan (kawasan yang dipotong tadi).

image is not available
Gambar: Nana Mea Soffiea

Keenam, tarik tulang belakang ikan sambil pegang badannya menggunakan sebelah lagi tangan sehingga tercabut.

Barulah ikan boleh dimasak, direbus dan digoreng sebelum dihidangkan.

Untuk lebih jelas, tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

View Original Article