Sekarang, aku betul-betul serah kepada Allah – Adam Shahz

Entertainment
8 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sekarang, aku betul-betul serah kepada Allah – Adam Shahz

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Shahz, 45, mengakui serik bergantung harap kepada rakan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Pemilik nama penuh  Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata perkara itu disebabkan dia sudah puas termakan janji kosong yang ditawarkan kawannya sendiri.

“Dulu kita selalu ingat kawan- kawan boleh  mengesyorkan projek, pekerjaan atau progam.

“Yang kawan pun berjanji ‘babi pun boleh terbang’, akhirnya haram jadah sahaja,” katanya di Thread.

Adam memaklumkan dia menyerahkan semua urusannya termasuk peluang pekerjaan kepada Allah S.W.T.

“Sekarang, saya betul-betul serah kepada Allah, yang memberi rezeki dan mengizinkan setiap ruang dan peluang atas kehendakNYA. Amin,” katanya lagi.- UTUSAN

The post Sekarang, aku betul-betul serah kepada Allah – Adam Shahz appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved