
RANAU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menasihatkan semua pihak, khususnya ahli politik, supaya berhenti bercakap mengenai politik kerana ia bukan perkara penting untuk dibincangkan ketika ini.
Beliau berkata tumpuan kini harus diberikan kepada cara membangunkan dan membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Ada yang sibuk berpolitik tetapi tiada hasil, macam ‘tin kosong’, bunyinya kuat tapi tidak ada isi,” kata Masidi ketika merasmikan premis baharu Lee Nyap Auto Parts Sdn Bhd, di Kiaburi Plaza, di sini, Ahad lalu.

