Sekat artis biadab

23 Jul 2023 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) digesa tegas menyenarai hitam artis luar negara yang mempunyai rekod melakukan aksi tidak senonoh dan menyokong Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) secara terang-terangan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, agensi di bawah KKD iaitu Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) perlu membuat tapisan awal sebelum membenarkan mana-mana artis luar membuat persembahan di negara ini.

“Kita perlu bertegas dalam memberikan permit kepada mereka (artis luar negara) dan hanya memilih golongan yang tidak menyokong LGBT, memaparkan sikap terlalu kebaratan seperti meminum arak di atas pentas kerana Malaysia merupakan negara Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

* Baca berita selanjutnya di Sinar Premium.