
Tindakan Donald Trump mengarahkan Tentera Laut Amerika Syarikat menyekat kapal yang membayar tol kepada Iran daripada melalui Selat Hormuz mencetuskan kebimbangan terhadap potensi ketegangan global yang lebih serius.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, situasi itu boleh menjadi lebih rumit sekiranya kapal dari China turut cuba melalui laluan strategik tersebut selepas membuat bayaran kepada Iran. Menurutnya, perkembangan sedemikian berpotensi mencetuskan konflik besar, termasuk kemungkinan tercetusnya perang dunia.
“Saya tertanya-tanya apa akan berlaku jika sebuah kapal tangki gergasi dari China cuba melalui Selat Hormuz selepas membayar tol kepada Iran.
“Adakah keadaan akan menjadi huru-hara? Mungkin tercetus perang dunia. Malah Trump sendiri tidak menyokong berlakunya perang dunia,” katanya.
Baca juga:
‘Rafizi, lawan terus bukan lawan sekejap, bukan keluar sekejap’ – Syahir Sulaiman
UM mohon maaf, akui adegan teater tular langgar garis panduan
Firdaus Wong kritik persembahan teater pelajar universiti
Beliau bagaimanapun menyatakan bahawa Trump sendiri tidak cenderung ke arah peperangan berskala besar, sebaliknya memilih pendekatan diplomasi dengan menerima gencatan senjata selama dua minggu bagi memberi ruang rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran.
Namun, rundingan tersebut dilaporkan gagal mencapai persetujuan untuk gencatan senjata yang berkekalan, sekali gus mengekalkan ketegangan di rantau berkenaan.
The post ‘Sekatan AS di Selat Hormuz cetus kebimbangan konflik lebih besar’ – Tun M appeared first on The Reporter.




