
Konflik Israel – Palestin yang sedang membara di Timur Tengah ini telah menyaksikan puak Houthi Yaman menyertai konflik tersebut di pihak Palestin.
Siapa Houthi?
Puak Houthi telah berjaya melaksanakan peperangan insurgensi terhadap kerajaan Yaman yang dkuasai oleh golongan Sunni dan menerima sokongan daripada Saudi untuk sekurang-kurangnya sedekad yang lalu.
Di sebalik tabir, Houthi menerima sokongan daripada Iran, atau lebih tepat, daripada Pasukan Pengawal Revolusi Islamik Iran (IIRG – Iranian Islamic Revolutionary Guard). Antara individu yang menjayakan kerjasama ini adalah Lt Jen Qassem Soleimani, Panglima IIRG yang memimpin Pasukan Quds, sebuah pasukan elit yang menjalankan operasi khusus di luar perbatasan Iran. Amerika Syarikat melabelkan unit berkenaan sebagai kumpulan pengganas. Oleh itu, Amerika Syarikat telah membunuh Qassem Soleimani ketika beliau melawat kota Baghdad pada tahun 2020 untuk tujuan yang tidak didedahkan. Ancaman yang dihadirkanoleh beliau kepada Amerika Syarikat dan pakatan mereka menyaksikan mereka membunuh beliau menggunakan peluru berpandu yang berkontroversi jenis Hellfire R9X.
Beberapa bulan sebelum tercetusnya konflik Israel – Palestin kali ini, pihak Saudi dan Iran telah bersetuju untuk berdamai hasil daripada rundingan keamanan yang dipelopori oleh Beijing. Melalui perjanjian tersebut, Houthi akan bersedia untuk memberhentikan pemberontakan mereka.
Pengalaman Lepas - Lanun Somalia di Teluk Aden
Dunia terlalu memandang rendah akan keupayaan puak Houthi dalam mengawal Laut Merah, dan seterusnya menghalang laluan antarabangsa ke pelabuhan-pelabuhan Israel. Namun begitu, ancaman puak Houthi ke atas laluan perdagangan antarabangsa itu bukanlah sesuatu perkara baru. Sedekad lalu, lanun Somalia menyasarkan kapal dagang antarabangsa yang melalui Teluk Aden yang tidak jauh daripada situ, sekaligus mengancam keselamatan laluan perkapalan antarabangsa.
Sama ada tindakan Houthi adalah betul atau salah bukanlah untuk kita debatkan kali ini. Tetapi, tindakan mereka berkemungkinan memberi kesan yang lebih dekat kepada kita.
Lebih Dekat dengan Kita
Satu lagi laluan perkapalan antarabangsa yang boleh disekat adalah di Selat Melaka. Laluan Selat Melaka ini adalah laluan perkapalan ketiga paling sibuk di dunia.
Thailand kini sedang mempromosikan jambatan darat mereka dengan agresif. Dengan pengalaman Israel di Laut Merah, sudah tentu Thailand akan menggunakan tindakan Houthi menghadang operasi perkapalan yang singgah di Israel untuk mempromosikan jambatan darat mereka ini, khususnya kepada China yang lama telah mengenalpasti kebergantungan keterlaluan mereka terhadap laluan di Selat Melaka.
Danny Liew adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


