Sekian Lama Tertangguh, Hospital Petra Jaya Di Kuching Bakal Beroperasi Suku Ketiga Tahun 2025

16 Nov 2024 • 4:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pembinaan hospital Petra Jaya di Kuching telah mencapai kemajuan lebih 80 peratus

Sekian Lama Tertangguh, Hospital Petra Jaya Di Kuching Bakal Beroperasi Suku Ketiga Tahun 2025. Dilaporkan, selepas melalui pelbagai penangguhan sejak pembinaannya bermula pada tahun 2013, Hospital Petra Jaya di Kuching akhirnya dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun 2025. Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, yang menyatakan bahawa kemajuan pembinaan hospital bernilai RM610 juta itu kini telah mencapai lebih daripada 80 peratus dan berjalan mengikut jadual.

Beliau berkata bahawa dirinya sedar hospital ini sudah lama tertangguh. Ini kali kedua beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan Hospital Petra Jaya masih belum beroperasi.

image is not available
Sekian Lama Tertangguh, Hospital Petra Jaya Di Kuching Bakal Beroperasi Suku Ketiga Tahun 2025. Sumber foto: Berita Harian

Namun, kali ini beliau berharap kontraktor tidak akan terlewat lagi dan projek ini kini dikatakan berada di landasan yang betul, ujar beliau semasa sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Kembara MADANI Afiat Wilayah Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya hari ini.

image is not available
Sumber foto: Majoriti

Sejarah penangguhan hospital Petra Jaya

Projek hospital yang sepatutnya siap pada November 2016 ini menghadapi pelbagai cabaran, termasuk kegagalan kontraktor asal untuk menyiapkan pembinaan. Pada bulan Oktober 2021, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan projek ini diambil alih oleh kontraktor penyelamat untuk memastikan ia dapat disiapkan menjelang penghujung 2024.

Hospital dengan kapasiti 300 katil ini akan menjadi salah satu pusat rawatan utama di Sarawak, memberikan akses perubatan lebih baik kepada penduduk sekitar.

Dengan pembukaan Hospital Petra Jaya yang dinanti-nantikan, ia diharapkan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Sarawak dan memberikan manfaat besar kepada rakyat di negeri ini.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: