Sekitar 35,000 Kenderaan Didagangkan Melalui Carsome Pada Suku Kedua 2024

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Carsome kini berkongsi menyatakan suku kedua 2024 terus memperlihatkan peningkatan pendapatan syarikat mereka sebanyak 9% berbanding suku sebelumnya, dan pada masa yang sama hampir 35,000 buah kenderaan telah dijual-beli melalui platform mereka pada tempoh tersebut.

Ini sekaligus membawa kepada jumlah pendapatan sekitar RM1.3 bilion untuk tempoh tersebut.

Selari dengan pencapaian ini, Carsome kini turut mengumumkan beberapa rakan kerjasama untuk kewangan, termasuk Ambank Group dan juga Maybank, yang akan menawarkan sokongan modal lebih RM200 juta untuk meneruskan perluasan penawaran Carsome.

Carsome juga menyasarkan untuk terus memperluaskan perkhidmatan kewangan, insurans dan juga khidmat pasca-jualan dibawah mereka, sekaligus menyasarkan menjadi pusat sehenti untuk pelbagai perkara melibatkan kenderaan.


Sebelum ini, Carsome turut pernah berkongsi sasaran mereka melalui penyenaraian awam syarikat di bursa, dan langkah momentum ini dijangka akan dikekalkan dalam meningkatkan pendapatan sekaligus membawa kepada penyenaraian berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved