Sekolah Adat – BORIIS bakal tandatangan MoU

27 Jan 2023 • 1:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sekolah Adat Anak Negeri Sabah akan berkongsi kepakaran mengenai adat budaya orang asal dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan matlamat mahu mewujudkan program pengajian peringkat sijil sehingga ke peringkat tertinggi di menara gading itu.

Presiden Persatuan Pengamal Adat Tradisional Sabah (Sunduan Nabalu), Shalmon Sanangan berkata, perbincangan dengan Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) di universiti itu diadakan awal Januari dan kedua-dua pihak teruja untuk memulakan kolaborasi.

“Bagi Sunduan Nabalu, kerjasama dengan BORIIS ini adalah satu pencapaian yang membanggakan. Ia adalah pencapaian untuk generasi anak-anak negeri akan datang. Kita meletakkan asas untuk mereka bergerak. Semoga inisiatif ini berkembang maju.