Sekolah Adat keenam dibuka di Kota Belud

4 Dec 2023 • 3:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Dengan paluan gong sebanyak tujuh kali, sekolah adat keenam yang dibina Persatuan Pengamal Adat Tradisional Sabah dibuka dengan rasminya di Kota Belud (KB) dengan dihadiri kira-kira 200 orang, Jumaat lalu.

Majlis dirasmikan oleh Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) Tindarama Dr Benedict Topin. Sekolah adat keenam itu dibina di Kampung Sayap KB yang akan menaungi etnik Tindal.

Beliau memuji usaha persatuan Sunduan Nabalu (SN) yang tidak pernah lelah dan terus bekerja sepanjang tahun bagi memastikan setiap daerah ada sekolah adat masing-masing walaupun tiada peruntukan daripada kerajaan.

“Sunduan Nabalu tidak pernah lelah dan terus bekerja demi kelangsungan usaha mengekal, memelihara dan memulihara identiti setiap etnik di Sabah,” katanya dalam ucapan perasmian.