Sekolah di Johor bermula seperti biasa hari ini

2 Jan 2024 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 584,322 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Johor akan bersekolah pada Selasa.(Gambar hiasan) - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Semua 1,193 sekolah rendah dan menengah di Johor boleh dibuka seperti biasa hari ini, walaupun ada beberapa kawasan masih dilanda banjir.

Ia membabitkan 908 sekolah rendah dan 285 sekolah menengah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Johor, Norliza Noh yang juga ADUN Johor Lama berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai sekolah yang dinaiki air dan berharap sesi persekolahan yang akan bermula hari ini di negeri ini lancar.

Katanya, sebahagian kawasan yang terjejas akibat banjir antaranya di Segamat menjadikan balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

Justeru, tiada sekolah di negeri ini yang dijadikan PPS ketika ini.

Norliza berkata, memandangkan cuaca yang masih tidak menentu, pihaknya akan memantau perkembangan semasa bagi memastikan sama ada terdapat guru atau murid yang tidak dapat ke sekolah berikutan jalan yang dinaiki air.

Dalam hal ini, mana-mana guru atau murid yang mengalami masalah berkenaan banjir diminta memaklumkan situasi mereka kepada pihak pengurusan sekolah.

Secara keseluruhannya, seramai 584,322 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Johor akan bersekolah pada Selasa, manakala jumlah guru pula seramai 48,087. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved