
Sebahagian ibu bapa di Britain terpaksa bergelut mencari duit untuk membeli pakaian seragam sekolah berjenama selepas pihak sekolah mengharamkan seragam yang tidak berjenama, lapor Mirror UK.
Memandangkan krisis kos sara hidup semakin terkesan oleh ahli, keluarga, perkara itu memberikan masalah kepada mereka kerana bimbang tidak mampu untuk membeli pakaian seragam yang berjenama.
Ekoran itu, sebilangan besar ibu bapa terpaksa beralih bergantung kepada badan amal pakaian sekolah disebabkan perlu membayar seragam sekolah dengan harga yang ‘keterlaluan’, lapor Mirror UK.

Ibu kepada salah seorang kanak-kanak di sebuah sekolah menengah, Jenny Rosenbaum telah membuat petisyen yang menyeru agar pihak sekolah membenarkan pakaian seperti versi pasar raya.
“Mana lagi penting, kanak-kanak datang ke sekolah untuk belajar atau mereka perlu memakai blazer yang betul?
“Tindakan itu dilihat seperti sebuah sekolah swasta,” jelas Jenny kepada Mirror UK.

Pelbagai keluhan diluahkan oleh pihak ibu bapa yang menyatakan bahawa kos pakaian seragam sekolah itu tidak masuk akal dan ia tidak mempunyai kepentingan kepada pendidikan.
Hasil tinjauan sebuah persatuan kanak-anak sebelum ini menyatakan bahawa ibu bapa mengeluarkan perbelanjaan secara purata sebanyak RM1,818 untuk sekolah menengah, manakala bagi sekolah rendah pula adalah sebanyak RM1,700.
Sementara itu, menurut Jurucakap Jabatan Pendidikan (DfE), “Kami telah menyediakan panduan baharu sekolah bagi menjadikan pakaian seragam sekolah mampu milik dan memastikan nilai harga yang terbaik untuk keluarga.

“Panduan itu bagi memastikan sekolah mengekalkan penggunaan barangan berjenama pada tahap minimum dan mengehadkan barangan kos rendah atau tahan lama.
“Sekolah harus melibatkan ibu bapa dan murid jika mereka mahu mengubah polisi pakaian sekolah,” jelasnya, memetik Mirror.
Terdahulu, pada bulan November, DfE menjelaskan bahawa pihak sekolah harus mengehadkan jumlah barangan berjenama bagi membantu menguruskan kos.
Sumber: Mirror UK
The post Sekolah Haramkan Pakaian Seragam Tak Berjenama appeared first on Siakap Keli.
