Sekolah khas golongan miskin tidak praktikal: Masiung

LocalPolitics
16 Aug 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TONGOD: Cadangan kerajaan memperkenalkan sekolah khas untuk golongan miskin tidak praktikal kerana ia dilihat mewujudkan sistem kasta yang membezakan latar belakang ibu bapa dan pelajar khususnya di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, lebih baik kerajaan menaik taraf sekolah daif berbanding menubuhkan sekolah khas yang memerlukan kos lebih tinggi.

“Walaupun tujuannya baik, ia tidak relevan dilaksanakan pada masa kini kerana terdapat ratusan sekolah dan asrama daif khususnya di Sabah dan Sarawak masih menanti untuk dibaik pulih,” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerajaan mewujudkan sekolah khas untuk golongan miskin baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, sekolah khas itu lebih berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, pendekatan itu harus dikaji semula kerana ia boleh memberi kesan psikologi yang kurang baik kepada pelajar dan ibu bapa terbabit.

“Apa yang penting kerajaan harus memperbanyakkan insentif dan bantuan kepada pelajar kategori miskin dan bantuan itu hendaklah sampai kepada golongan sasar tanpa wujud birokrasi.

“Saya tidak fikir adakah ramai ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke sekolah yang bergelar “sekolah pelajar termiskin”.

“Mereka seharusnya didedahkan dengan pendekatan lebih baik untuk belajar di kalangan rakan sebaya tanpa perlu melabelkan status ekonomi pelajar terbabit,” ujarnya.

Masiung menambah, melabel pelajar miskin dan golongan berada tidak rasional bagi sebuah kerajaan Madani sedangkan negara kini menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.

Menurut Masiung, pelajar yang ditempatkan di sekolah termiskin ini sudah pasti akan merasa rendah diri dan menerima tekanan emosi apabila bergaul dengan rakan sebaya mereka yang belajar di sekolah lain.

“Ada banyak cara lain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh membantu pelajar miskin. Antaranya menyediakan bas sekolah khas dan menambah bangunan asrama selain memberi bantuan keperluan sekolah seperti beg dan pakaian seragam.

“Polisi dan dasar untuk membantu pelajar miskin perlu dirancang mengikut keperluan sesebuah negeri dan wilayah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.