Sekolah Menengah Agama Negeri akan dibina di Sandakan

26 Jul 2024 • 4:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) akan dibina di Hab Pendidikan Sungai Batang, Batu 10 tidak lama lagi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata tapak pembinaan sudah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi membina prasarana pendidikan dan masjid.

“Kita telah memeriksa kawasan yang diperuntukkan tersebut iaitu tapak tanah seluas 10 ekar di Hab Pendidikan Sandakan.

“Namun kita akan meminta dari kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menambah keluasan menjadi 20 ekar ke atas bagi membina prasarana lengkap SMAN dan masjid,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Mohd Arifin berkata pembinaan SMAN Sandakan sudah dinantikan oleh banyak pihak bukan sahaja dari pejabat pendidikan namun dari komuniti setempat.

“Memandangkan SMAN ini menjadi permintaan rakyat di daerah ini, kita akan melaksanakan projek ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

“Selain Sandakan, SMAN turut dirancang akan dibina di beberapa daerah lain seperti di Tawau, Kudat, Kota Marudu juga di bawah RMK-13,” katanya ketika melawat tapak SMAN di Hab Pendidikan Batu 10 di sini, Khamis.

Dalam lawatan itu, beliau juga berkunjung ke SK Sibugal Besar, SMK Elopura dan Masjid Nurul Hidayah Kampung Sibugal Besar dan menyampaikan bantuan daripada MUIS dan Perbadanan Baitulmal Sabah.

Masjid Nurul Hidayah Kampung Sibugal Besar menerima RM3,000 manakala SK Sibugal Besar dan SMK Elopura masing-masing menerima RM2,000.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.