Sekolah Pondok Runtuh: 61 Orang Disahkan Terkorban

7 Oct 2025 • 10:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sekolah Pondok Runtuh: 61 Orang Disahkan Terkorban

Angka korban yang melibatkan tragedi runtuhan sekolah Pondok Al Khoziny dilaporkan meningkat kepada 61 orang.

Memetik Kompas,com, daripada jumlah tersebut, pasukan Pengenalpastian Mangsa Bencana (DVI) berjaya mengenal pasti identiti 17 mangsa.

Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari berkata data terkini menunjukkan jumlah mangsa yang terjejas mencecah 167 orang.

“Secara terperinci, ada 104 orang yang selamat, dengan perincian empat orang telah selesai rawatan, 99 orang masih dirawat dan seorang tidak memerlukan rawatan perubatan.

“Sementara itu, berdasarkan senarai kehadiran sekolah pondok, dua pelajar masih hilang,” katanya.

Pada Isnin, terdapat tujuh mayat ditemui dan kini dalam proses pengecaman di Hospital Bhayangkara di Surabaya.

Ketika ini, proses pembersihan serpihan bangunan empat tingkat ini tertumpu kepada sektor A1 dan A2. Difahamkan, jentera berat dan pencarian manual digunakan bagi memudahkan proses pembersihan tersebut.

Bagaimanapun, setiap pergerakan perlu dilakukan dengan berhati-hati memandangkan struktur bangunan lama di sebelahnya masih bersambung dengan kawasan runtuhan utama.

Terdahulu, sekolah Pondok Al Khoziny yang terletak di Buduran, Sidoarjo itu telah runtuh pada Isnin. Ratusan pelajar dilaporkan sedang menunaikan solat Asar secara berjemaah di bangunan berkenaan.

Memetik CNN Indonesia, bangunan sekolah terbabit masih lagi dalam proses pembinaan.

Sumber: Kompas.com,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved