Sekolah tamat usia 16 tahun? Kerajaan kaji cadangan reformasi pendidikan -Zambry

LocalPolitics
6 Aug 2025 • 10:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Cadangan agar pelajar tamat sekolah menengah pada usia 16 tahun kini dalam perhatian kerajaan apabila Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan perkara itu sedang dikaji sebagai sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan negara.

Idea sekolah tamat usia 16 tahun akan dikaji

Memetik laporan daripada Buletin TV3, idea tersebut asalnya dibangkitkan oleh bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang mencadangkan kitaran persekolahan tradisional dipendekkan agar lebih efisien dan relevan dengan perkembangan semasa.

“Jadi soal apa yang dibicarakan oleh Yang Berhormat Rafizi itu juga merupakan sebahagian daripada apa yang telah pun kita kumpulkan bagi memastikan supaya pelan proses pendidikan dapat berjalan secara berkesinambungan.
“Maksudnya, tidak ada yang terpisah-pisah,” ujar Zambry.

image is not available

Sekolah tamat usia 16 tahun akan dibincangkan

Menurut beliau, sistem pendidikan sebelum ini mengambil masa 10 tahun iaitu lima tahun di peringkat rendah dan lima tahun di peringkat menengah.

Namun, dengan kewujudan prasekolah dan keperluan pendidikan lebih dinamik, tempoh itu dilihat boleh disingkatkan.

“Tempoh yang terlalu panjang itu mungkin dapat disingkatkan,” katanya lagi ketika ditemui.

image is not available

Zambry turut menjelaskan bahawa penyelarasan antara pendidikan asas dan pendidikan tinggi kini giat dilakukan menerusi penubuhan Majlis Pendidikan Negara, agar tiada lagi dua hala tuju berbeza dalam sistem pendidikan.

“Kita tidak mahu mempunyai dua sistem pendidikan ataupun dua pelan hala tuju pendidikan yang berlainan,” tegasnya.

image is not available

Tambahnya lagi, pelan pendidikan tinggi untuk 10 tahun akan datang telah pun dirangka, dan kini usaha penyelarasan dengan Kementerian Pendidikan sedang dijalankan bagi memastikan kesinambungan antara semua peringkat pendidikan.

Sumber: Buletin TV3 (Syafiqah Damanhuri)