Sekretariat: Gus Azmi tidak terlibat Festival Darul Ehsan Berselawat

25 Dec 2024 • 12:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 DIS: Pendakwah dari Indonesia, Mohammad Ulul Azmi Askandar atau lebih dikenali Gus Azmi tidak terlibat dalam Festival Darul Ehsan Berselawat yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

“Setelah pertimbangan lanjut, sekretariat ingin memaklumkan festival ini akan berlangsung tanpa penglibatan Gus Azmi. Segala keprihatinan pendokong Festival Darul Ehsan Berselawat adalah keutamaan kami.

“Sokongan daripada anda semua amat kami hargai. Jumpa anda semua pada 27, 28 dan 29 Disember nanti,” menurutnya dalam kenyataan.

Festival Darul Ehsan Berselawat dijadual berlangsung di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam pada 27 hingga 29 Disember ini.

Program selama tiga hari menjelang tahun baharu itu bakal disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Majlis munajat, zikir dan berselawat itu juga diserikan dengan kehadiran tokoh terkenal antaranya Dr Habib Luthfi Ali Yahya, Habib Najmuddin Al Khered, Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, Ustaz Iqbal dan Ustaz Neezam.

Sebelum ini, jemputan Gus Azmi ke Festival Darul Ehsan Berselawat menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak susulan pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok termasuk di atas pentas.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved