
SANDAKAN: Sektor korporat di negeri ini diharap giat melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang bulan Ramadan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peranan ini juga memperlihat keprihatinan pihak korporat dan swasta dalam menyantuni golongan terlibat.
“Usaha seumpama juga sedikit sebanyak diharap memberi manfaat kepada penerima khasnya dalam persiapan perayaan yang bakal menjelang,” tambahnya.
