Sektor perbankan diramal catat peningkatan untung bersih 6% pada FY24-FY26 disokong pendapatan bukan faedah lebih tinggi

LocalBusiness & Finance
9 Sep 2024 • 10:04 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sektor perbankan diramal catat peningkatan untung bersih 6% pada FY24-FY26 disokong pendapatan bukan faedah lebih tinggi

azan

09/09/2024 - 10:04

KUALA LUMPUR 9 Sept - RHB Investment meramalkan sektor perbankan mencatatkan pertumbuhan untung bersih 6% bagi FY24 hingga FY26 disokong pinjaman dan pendapatan bukan faedah (NOII) manakala margin faedah bersih (NIM) dan kos kredit (COC) kekal stabil.

Katanya, pasaran bagaimanapun mungkin melalui tempoh yang tidak menentu kesan daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), kitaran pemotongan Kadar Dana Persekutuan (FFR) AS mungkin melihat ketidakstabilan berterusan.

Firma penyelidikan itu berkata, bank-bank di bawah liputan mereka boleh menawarkan pelabur dengan perlindungan defensif, disokong pendapatan stabil dengan pilihan menaik daripada aliran masuk pelabur institusi asing (FII) dan peningkatan pendapatan jika keyakinan bank terhadap prospek terbukti tepat.

"Kami berpendapat bank seharusnya bersikap neutral terhadap pemotongan FFR AS dan pergerakan mata wang yang akan berlaku.

"Bank secara amnya positif terhadap pertumbuhan pinjaman pada masa hadapan, disokong oleh prospek yang kukuh," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

RHB Investment berkata, terdapat keyakinan bahawa NIM suku ketiga 2024 boleh terus meningkat disokong usaha pengurangan kos pendanaan manakala pendapatan perbendaharaan dan pasaran (T&M) akan mendapat manfaat sekiranya hasil bon jatuh daripada kadar dasar global yang lebih rendah.

Katanya, CoC dikawal dengan baik dan tindanan lanjut dan pembalikan peruntukan seharusnya menyokong pertumbuhan keuntungan.

"Daripada lapan bank di bawah liputan kami, enam mencatatkan keputusan yang memenuhi jangkaan.

"Keputusan 4QFY24 Hong Leong Bank dan 1QFY25 AmBank mencatatkan sedikit penurunan kesan kemerosotan lebih rendah daripada jangkaan, dengan sumbangan syarikat bersekutu yang terdahulu juga lebih tinggi daripada yang dijangkakan," katanya.

Firma penyelidikan itu menyemak naik penarafan sektor itu kepada 'overweight' berbanding 'neutral' dengan AmBank, Hong Leong Bank dan Alliance Bank Malaysia sebagai pilihan utama. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved