Sektor perkhidmatan, pembuatan Selangor kekal penyumbang terbesar KDNK

2 Jul 2022 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA SELANGOR, 2 JULAI: Kemampanan sektor pembuatan serta perkembangan industri perkhidmatan ketika perintah kawalan pergerakan membantu Selangor menyumbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terbesar tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan dua sektor itu memacu pencapaian ekonomi negeri hingga mampu menyumbang hampir 25 peratus kepada nilai KDNK negara.

“Sektor perkhidmatan ini sangat penting untuk sambung kehidupan. Ekonomi negeri disumbang 60 peratus dari sektor ini manakala pembuatan 30 peratus.

“Kita pacu KDNK dari 24.3 peratus kepada 24.8 peratus. Hampir 25 peratus iaitu 1/4 daripada keseluruhan ekonomi negara,” katanya pada program Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Utama Kuala Selangor hari ini.

Kelmarin Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan Selangor kekal sebagai negeri penyumbang terbesar KDNK negara tahun lalu dengan nilai sebanyak RM343.5 bilion.

Perolehan itu meningkat RM16.4 bilion berbanding RM327.1 bilion pada 2020.

Prestasi tersebut menyaksikan Selangor kembali pulih tahun lalu apabila merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus berbanding pertumbuhan negatif 5.2 peratus pada tahun sebelumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved