Sekurang-kurangnya 25 Maut Dalam Kebakaran Bas Di India

1 Jul 2023 • 12:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu. - Gambar dari media sosial

ANKARA - Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.

Kemalangan berlaku di daerah Buldana, Maharashtra ketika bas itu dalam perjalanan menuju ke Pune, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai kanan polis di daerah Buldana Baburao Mahamuni berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat punca kemalangan.

Laporan awal menunjukkan bas itu melanggar pembahagi sebelum terbakar. - Bernama-Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved