Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kebakaran di kelab malam Istanbul

3 Apr 2024 • 8:49 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 25 orang maut apabila kebakaran meletus di sebuah kelab malam di Istanbul yang menjalani pengubahsuaian, lapor dpa memetik laporan agensi berita Turkiye, Anadolu.

Bilangan yang cedera di bangunan 16 tingkat di daerah Besiktas, di sebelah Eropah bandar itu, masih belum diketahui.

Anadolu melaporkan pejabat gabenor Istanbul berkata, kebakaran berlaku sekitar tengah hari Selasa (awal pagi tadi waktu Malaysia) di tingkat bawah bangunan itu, di mana kelab malam terletak.

Punca sebenar masih tidak jelas, tetapi kebakaran mungkin bermula semasa pengubahsuaian bangunan yang sedang dijalankan, menurut pejabat itu.

Lima orang telah ditahan, penyiar CNN Turk melaporkan tanpa memberikan butiran lanjut. Pejabat pendakwa raya telah melancarkan siasatan. - 3 April, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved