Sekurang-kurangnya 26 maut, kereta api bertembung di utara Greece

1 Mar 2023 • 1:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 26 maut manakala 85 lagi cedera selepas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wakil Perkhidmatan Bomba, Vassilis Vathrakogiannis berkata daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan.

Sebanyak 30 ambulans telah dihantar ke tempat kejadian, katanya. -Bernama