Sekurang-kurangnya 46 maut akibat gempa bumi Cianjur, Indonesia

21 Nov 2022 • 7:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh manakala 700 lagi cedera akibat gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat pada Isnin.

Ketua Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Suharyanto berkata kawasan yang terjejas teruk termasuk perkampungan Limbangan Sari.

“Ramai mangsa cedera akibat ditimpa bangunan yang runtuh,“ katanya ketika sesi taklimat yang disiarkan stesen televisyen tempatan.

BNPB akan menghantar sebuah helikopter bagi memudahkan pengurusan bencana, pemindahan dan pengagihan logistik, katanya.

Para pegawai masih mengumpulkan maklumat dan setakat ini 343 rumah dilaporkan rosak, menurut jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Banyak infrastruktur termasuk sekolah, hospital, pejabat kerajaan turut terjejas.

Penduduk di kawasan Jakarta dan Bekasi dilaporkan merasai gegaran pada 1.21 petang waktu tempatan.

Gegaran berlanjutan hampir 15 saat di Cianjur dan kurang tujuh saat di Bandung, Bogor, Sukabumi.

Abdul Muhari berkata 32 mukim di Cianjur dilaporkan berpotensi mengalami gempa bumi sederhana hingga tinggi berdasarkan sistem amaran awal pelbagai bahaya, inaRISK.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved