
Selain Tekanan Darah Tinggi, Ini 5 Petanda Badan Anda ‘Overdose’ Garam
Garam memainkan peranan penting dalam setiap masakan. Ia bukan sahaja menonjolkan rasa asli bahan, malah mampu menyatukan pelbagai ramuan supaya citarasa menjadi lebih seimbang.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pengawet. Ia mengandungi kira-kira 60 peratus klorida dan 40 peratus natrium.
Hampir semua makanan segar yang tidak diproses, termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, daging, bijirin penuh dan produk tenusu mengandungi kandungan natrium yang rendah.
Oleh itu, garam yang diambil membantu merehatkan dan mengecutkan otot, menyokong penghantaran isyarat saraf serta menyeimbangkan mineral dan air dalam badan.
Namun begitu, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko strok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Bagaimanakah kita dapat mengetahui jika pengambilan garam sudah melebihi dos yang selamat dalam badan?
5 petanda badan anda 'overdose' garam
Kembung atau bloated
Menurut portal WebMD, kembung merupakan antara tanda paling biasa seseorang mengambil terlalu banyak garam.

Apabila sodium meningkat, badan akan menyimpan lebih banyak air bagi mengekalkan keseimbangan mineral. Keadaan ini meningkatkan jumlah cecair dalam badan dan menyebabkan perut terasa kembung.
Makanan yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi iaitu sandwic, piza, bagel dan sup dalam tin boleh menjadi sumber garam 'tersembunyi'.
Lebih kerap membuang air kecil
Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan anda lebih kerap ke bilik air. Ini disebabkan garam boleh membuat anda cepat haus, sekali gus mendorong pengambilan air yang lebih banyak.

Oleh itu, anda mungkin perlu ke bilik air lebih kerap daripada kebiasaan.
Bahagian badan kelihatan bengkak
Menurut portal WebMD, anda akan mengalami bengkak pada beberapa bahagian badan.
Antara bahagian yang sering terjejas ialah wajah, tangan, kaki dan buku lali. Keadaan ini berlaku kerana tubuh menahan air untuk mengekalkan keseimbangan sodium dalam badan.

Jika anda mendapati badan kelihatan lebih bengkak daripada biasa, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula pengambilan garam harian.
Sentiasa berasa sangat dahaga
Jika anda sering berasa sangat dahaga, ia mungkin petanda tubuh menerima terlalu banyak sodium.

Keadaan ini berlaku apabila badan memerlukan lebih banyak air untuk mencairkan lebihan sodium dalam aliran darah.
Walaupun peningkatan sodium hanya sedikit, ia sudah cukup untuk mencetuskan rasa haus.
Badan terasa lesu
Menurut portal WebMD, keadaan kembung akibat penahanan air dalam badan boleh menyebabkan rasa tidak selesa.

Pada masa sama, tubuh perlu bekerja lebih keras untuk mengimbangi cecair dan menyingkirkan lebihan sodium, sekali gus menyebabkan badan terasa lesu.
Baca juga: