Selak tudung? PU Riz tegur Ameera Khan -“Tutup dulu, tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini ..”

LocalEntertainment
11 Nov 2024 • 5:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Cara pendakwah bebas selebriti, PU Riz tegur Ameera Khan yang juga adik iparnya dalam pemakaian menutup aurat dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini telah meraih perhatian warganet.

Menerusi siaran langsung tersebut, dilihat Ameera bersama PU Riz serta aktres serta usahawan, Neelofa sedang mempromosikan jualan jubah.

PU Riz tegur Ameera Khan

Dalam tangkap layar video sesi live itu, Ameera sedang menunjukkan material serta corak jubah itu dia menyelak tudungnya.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail kemudian bertindak menegur Ameera selepas adik iparnya itu menyelak tudung untuk menerangkan tentang jubah yang digayakan.

“Ameera tutup dulu..tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini (bawah),”tegur PU Riz secara halus.

image is not available

Ameera yang mengenakan jubah berwarna merah itu kemudian menjawab, penonton mungkin akan sukar untuk melihat.

“Tapi tak nampak la abang kalau tunjuk macam tu,”jawabnya.

Dalam nada berseloroh, Neelofa memberitahu adik perempuannya itu bahawa PU Riz sebenarnya sedang menegur supaya dia tidak mendedahkan aurat.

“Abang ipar kau tak kasi kau selak tudung,”seloroh Neelofa.

image is not available

Terdahulu, pempengaruh media sosial, Ameera Khan memberitahu dia masih menunggu masa sesuai untuk memakai hijab disamping menafikan dirinya tidak bersedia untuk berhijab.

Jelasnya, dia pernah memakai hijab beberapa kali sebelum ini namun perubahan itu hanya sementara.