Selalu menderma, Zizan Razak bukan tagih pujian – “Kalau boleh saya nak sorok”

LocalEntertainment
18 Sep 2025 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak menjelaskan niat asal dalam menghulurkan bantuan kepada individu tertentu hanyalah untuk meringankan beban buat mereka yang memerlukan.

Bukan tagih pujian

Menurut laporan HibGlam, pemilik nama Mohd Razizan bin Abdul Razak, 41, menegaskan perkara itu dibuat bukan demi meraih perhatian dan pujian masyarakat sebaliknya mahu membantu mereka yang kesusahan kerana Allah SWT.

image is not available

“Saya buat kerana Allah kerana semua yang saya dapat hari ini pun sebab doa orang ramai termasuk ibu bapa, peminat dan bukan milik saya seorang. Kadang-kadang dalam RM10 yang kita ada, RM3 sahaja milik kita, selebihnya RM7 itu milik orang lain.

“Kalau boleh, saya nak sorok, tetapi saya fikir ada baik Allah buka cerita ini untuk beri inspirasi kepada orang. Itu sahaja, saya fikir positif kerana bimbang kebanggaan itu akan melalaikan saya,” kata Zizan, malam tadi.

Dalam pada itu, Zizan menceritakan dia pernah ditipu oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.

Disebabkan itu, beliau mengakui lebih berhati-hati bagi mengelakkan dirinya sekali lagi menjadi mangsa penipuan.

image is not available

“Kes yang menipu atau ‘scam’ banyak, membabitkan lebih ribuan ringgit.

“Namun, kalau dia memang benar-benar susah, saya akan bantu seikhlas mungkin.

“Ada yang saya pernah bantu kemudian dia minta lagi dengan beritahu kali ini untuk emak dia. Saya kasihan tetapi lepas dapat dia datang lagi, jadi mungkin itu ‘scam’. Apapun saya sentiasa cuba sedaya upaya untuk tolong,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Zizan menjadi siulan ramai dalam media sosial melalui perkongsian beberapa individu yang menerima bantuan daripadanya termasuk pelawak, Amir Raja Lawak.

Sumber: HibGlam (Nur Emira Saizali)

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved