Selalu mudahkan kerja, Elly Mazlein memang ‘nombor syatu!’

Entertainment
25 Oct 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selalu mudahkan kerja, Elly Mazlein memang ‘nombor syatu!’

KETIKA isu pengurus artis berperangai lebih sudu daripada kuah semakin hangat diperkatakan, nama selebriti versatil, Elly Mazlein pula mencuri perhatian atas sebab berbeza.

Bukan kerana kontroversi atau perangai diva, sebaliknya Elly yang mesra disapa Kepom itu menerima pujian melambung kerana dikatakan mudah diajak berurusan, mesra dan tidak banyak kerenah ketika mengendalikan sesuatu pekerjaan.

“Aku tabik Kak Lina. Dia paling senang nak berurusan. Suka sangat berurusan dengan dia. Terima kasih Kepom sebab memudahkan kerja!” tulisnya.

Diva langsung tidak pelik apabila nama Elly terus menjadi sebutan. Dalam industri hiburan, bakat memang penting, tetapi sikap ketika bekerja juga mampu menentukan sejauh mana seseorang artis dihormati.

Kalau di depan kamera manis tersenyum, di belakang tabir pun perlulah sama mesra. Janganlah apabila sudah ada nama, hendak membalas mesej pun susah, apatah lagi memenuhi permintaan pihak lain.

Ingat, artis tanpa peminat dan media, siapalah kita? Kak Lina membuktikan sikap merendah diri tidak pernah merugikan, malah menjadi nilai tambah untuk terus bertahan dalam industri. Sesuai dengan ‘tagline’ dibawanya ‘nombor syatu’.

DIVA: Tabik hormat buat Datuk Seri Siti Nurhaliza, umur nak cecah separuh abad stamina tetap power!

The post Selalu mudahkan kerja, Elly Mazlein memang ‘nombor syatu!’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved