“Selalu Pandang Rendah Orang Kita Kan..” – Kecantikan Siti Saleha Dipuji Media Korea

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 11:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa tak bangga apabila ada pelakon Malaysia yang menerima penghargaan dari media luar negara kan?

Kelmarin, Siti Saleha telah menghadiri ‘Anugerah Drama Antarabangsa Seoul’ yang berlangsung di Dewas KBS Yeouido, Seoul.

Untuk pengetahuan, pelakon wanita itu telah menerima anugerah bagi kategori ‘Bintang Asia Terbaik – Malaysia’, untuk lakonannya dalam drama web di laman Tonton iaitu “SeOfis”.

Semasa melalui karpet merah acara berkenaan, media Korea dilihat terpegun dengan kecantikan pelakon Malaysia itu dan menulis artikel memujinya. Antara tajuk yang digunakan ialah “Senyuman menawan Siti Saleha”.

Komen netizen Malaysia yang berbangga dengan penghargaan itu,

  • Saya berbangga jadi rakyat Malaysia.
  • Cantik macam Belle dalam ‘Beauty and the Beast’.
  • Elok lah puji, selalu pandang rendah orang Asia Tenggara kan.
  • Cantik macam permaisuri!
  • Selayaknya dia dapat penghargaan.

Tahniah Siti Saleha!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.